Thursday 14 April 2011

Galakan Dan Peranan Kerajaan

  1. Sediakan tapak / kawasan perindustrian yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, perhubungan dan pengangkutan, kemudahan elektrik dsbnya.
  2. Sediakan kemudahan pinjaman modal melalui bank dan sumber-sumber lain (Bank Perdagangan dan MARA).
  3. Menekankan kepentingan mata pelajaran teknikal dan vokasional untuk melatih pekerja mahir.
  4. Menubuhkan MIDA (Lembaga Kemajuan Perindustrian) untuk bantu pelabur tempatan dan luar negeri - khidmat nasihat, maklumat dan dorongan.
  5. Memberikan perlindungan tarif perintis kepada jenis-jenis industri baru (beri galakan seperti pengecualian cukai dan pinjaman untuk jangka masa tertentu).
  6. Mewujudkan zon perdagangan bebas cukai untuk tarik pelaburan dan industri berteknologi tinggi dari negara-negara maju yang lain. Zon perdagangan bebas yang ada di Malaysia terletak di Sungai Way, Bayan Lepas dan Pasir Gudang. Kilang-kilang di kawasan ini diberikan beberapa keistimewaan seperti insentif cukai, kemudahan kredit serta pengecualian cukai eksport dan import.
  7. SIRIM ditubuhkan dengan tujuan menjamin mutu keluaran hasil pengeluaran kilang dan jalankan penyelidikan untuk tingkatkan mutu barangan.
  8. Berikan bantuan kewangan melalui Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia (MIDF) dan HICOM untuk memajuka industri berat (mmbuat kereta dll).
  9. Malaysia Industrial Estates Limited (MIEL) sediakan bangunan-bangunan untuk disewa / jual kepada pengusaha-pengusaha kilang.

1 comment: