Thursday 14 April 2011

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Industri Di Malaysia


Modal
  • Kilang sesuai didirikan di bandar-bandar besar yang banyak kemudahan perbankan, institusi kewangan - dapat keluarkan modal kepada pengusaha (perlukan modal)
Sumber tenaga (air sungai)
  • Dengan tujuan untuk menggerakkan jentera-jentera di kilang.
  • Kawasan perindustrian perlu didirikan di kawasan yang mempunyai bekalan tenaga elektrik yang murah dan men-cukupi (tenaga elektrik dan bekalan air)
Banyak kemudahan asas
  • Perhubungan dan pengang-kutan, kawasan dan tapak bersesuaian hampir dengan bahan mentah serta kemudahan lain (bank dsbnya).

Bekalan bahan mentah
  • Banyak, mudah didapati dan mencukupi.

Pasaran
  • Meluas dn permintaan yang banyak, sama ada dalam atau luar negeri.

Dasar kerajaan
  • Amalkan berbagai dasar insentif untuk galakkan pelabur asing datang melabor dengan cara kenakan sewa / cukai tanah yang murah dan pengecualian cukai ke atas barangan yang dihasilkan.
  • Wujudkan Zon Perdagangan Bebas Cukai untuk tarik pengusaha dirikan kilang. Antaranya :
  1. Zon Perdagangan Bebas Cukai Bayan Lepas.
  2. Zon Perdagangan Bebas Cukai Sungai Way.
  3. Zon Perdagangan Bebas Cukai Pasir Gudang
  • Tubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dengan tujuan untuk beri maklumat dan khidmat nasihat kepada pengusaha.

Tenaga buruh
  • Kawasan berpenduduk padat akan membekalkan tenaga buruh yang murah dan mudah didapati - mahir / separuh mahir.

Sistem pengangkutan
  • Kemudahan perhubungan dan pengangkutan darat, udara dan air untuk penghantaran bahan mentah, barangan kilang yang siap, tenaga buruh, urusan import dan eksport barangan atau sistem telekomunikasi yang memudahkan perhubungan antara pembekal-pengedar.

7 comments: